Sunday, 22 July 2012


Wujudnya Organisasi Sosial

Golongan pendeta dan raja mempunyai kedudukan yang tertinggi. Golongan ini juga dikenali sebagai Amelu. Golongan saudagar dan peniaga atau dikenali sebagai Mushkinu pula mewakili kelas pertengahan. Seterusnya, golongan petani dan artisan pula menduduki lapisan yang ketiga di mana amalan pengkhususan kerja paling jelas dilihat. Golongan yang dibawah sekali ialah golongan hamba. Golongan ini terdiri daripada tawanan perang serta orang tempatan yang dijual sebagai hamba. Mereka boleh menjadi bebas jika mereka patuh dan setia kepada tuannya tetapi mereka tidak boleh mengambil bahagian dalam pentadbiran. Kadang-kala, hukuman yang dijatuhkan terhadap mereka juga lebih berat iaitu dua kali ganda daripada hukuman biasa atas bangsawan.




Perkembangan Teknologi

Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat hubungan perdagangan mereka dengan dunia luar. Sistem pengairan yang maju dibina untuk mengelakkan banjir dan kemarau. Pokok-pokok pula ditanam sebagai penghalang angin. Orang-orang Sumeria dipercayai mula-mula mencipta roda. Pengetahuan membuat roda membolehkan orang Sumeria menggunakan kereta kuda dan lembu, menggunakan pedati dalam peperangan, kincir dalam sistem pengairan dan membuat tembikar dengan peroda. Dalam bidang pertanian, penciptaan bajak dan alat menabur mempercepatkan kerja pertanian. Sumbangan orang Sumeria yang paling penting ialah dalam bidang seni bina. Mereka merupakan orang pertama membina arca dan tiang-tiang batu dengan menggunakan batu-bata yang diperbuat daripada lumpur. Ziggurat dibina dengan menggunakan batu-bata. Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari. Seperti orang Mesir, mereka tahu mengira keluasan sesuatu kawasan dan isipadu.





 

Pengkhususan Kerja

Kewujudan organisasi sosial mendorong kepada kewujudan pengkhususan kerja. Raja berperanan sebagai ketua kerajaan. Baginda berkuasa mutlak dalam pengurusan segala hal yang berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran. Baginda juga merupakan ketua tentera dan sebagainya. Golongan pendeta pula bertugas menguruskan hal-ehwal agama. Beliau secara tidak langsung terlibat dalam penciptaan kalendar. Golongan petani bertugas melakukan aktiviti bercucuk tanam, penternakan binatang dan sebagainya. Golongan artisan pula bertugas membuat roda, tembikar, mengukir dan sebagainya. Yang akhir sekali, iaitu hamba abdi bertugas untuk melakukan kerja-kerja berat tanpa menerima gaji.



Wujudnya Kepercayaan

Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia dan bukannya sebagai Tuhan. Mereka menyembah Tuhan yang turun ke bumi dari langit untuk melindungi negara kota mereka. Sebuah kuil telah dibina di atas menara yang berbentuk piramid setinggi 6-7 tingkat yang dipanggil Ziggurat. Ziggurat yang termasyhut ialah The Towel of Babel. Mereka mempercayai Tuhan yang mereka sembah menetap di sini. Ziggurat pertama yang dibina ialah Nippur (untuk Tuhan Enlil/angin). Orang Sumeria menganggap dewa-dewi menentukan kejadian bencana alam dan melapetaka. Apabila berlaku bencana ini, berertilah dewa-dewi telah menjatuhkan hukuman ke atas rakyat. Walau bagaimanapun, orang Sumeria tidak percaya kepada konsep kehidupan selepas mati.




            Aspek keagamaan dan kepercayaan masyarakat Mesopotamia

Aspek keagamaan dan kepercayaan masyarakat Mesopotamia dapat dilihat kerana mereka mengamalkan kepercayaan banyak tuhan iaitu politiesme. Raja sebagai wakil tuhan. Era Raja Naramsin di Akkad menggelar diri Raja Empat Penjuru Alam.Raja Naramsin memaksa rakyatnya menyembahnya.Pendeta mengetuai upacara agama di Zigurat.Mereka tidak percaya kehidupan selepas mati tetapi hanya jatuh ke dalam gua yang penuh dengan debu. Pemerintahan oleh tuhan atau wakil tuhan berasaskan hukum agama dan bersifat ketuhanan iaitu teokrasi.















Wujudnya Bahasa dan Tulisan

Orang Sumeria mula-mula menggunakan tulisan yang berbentuk gambar untuk merekodkan urusan perdagangan dan pentadbiran. Kemudian, tulisan ini dipermudahkan ke dalam bentuk simbol. Simbol-simbol ini ditulis si atas tanah liat. Orang Sumeria kemudian membentuk sistem penulisan berbentuk pepaku. Bentuk tulisan pepaku ini dipanggil cuneiform atau tulisan berbaji. Dengan menggunakan tulisan cuneiform, orang Sumeria telah membuat rekod-rekod di atas tanah liat yang menjadi sumber sejarah Tamadun Sumeria.
 














 





No comments:

Post a Comment