Sumbangan Mesopotamia dalam bidang sains dan teknologi
Masyarakat
Mesopotamia mempunyai perkembangan dalam ilmu astronomi.Mereka
mempunyai perkembangan tentang pencerapan bulan,bulan dan matahari
telah mengembangkan ilmu matematik seperti sistem mengira perpuluhan, menambah,
menolak, darab, bahagi,punca ganda dua dan ilmu geometri. Perkembangan dalam
ilmu astronomi ialah menggunakan jalan laut semasa
perdagangan dan penerokaan. Mereka juga mencipta
kalendar 12 bulan.Masyarakat Mesopotamia menggembangkan ilmu perubatan semasa
dalam kerajaan Assyria.Penciptaan roda dan kereta kuda digunakan dalam
peperangan atau kegunaan harian.Kincir air dicipta oleh masyarakat Mesopotamia
untuk mengairi kawasan tandus, kawal banjir dan tingkatkan hasil pertanian.Kapal
layar dan pengangkutan beroda menguasai jalan laut dan darat.Mereka juga
memperkenalkan batu bata daripada tanah liat. Dalam
seni bina pula,mereka mencipta arca dan tiang batu.Contohnya, Zigurat dan
patung Raja Gudea.
Masyarakat Mesopotamia
terbahagi kepada 3 kelas.Kelas kedua ialah
mushkinu (kelas pertengahan) dan yang di bawah sekali ialah hamba abdi. Kelas
atasan terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, golongan agama (pendeta,
paderi atau rahib) dan tentera. Golongan yang paling berkuasa dalam tamadun
Mesopotamia ialah golongan agama. Kelas pertengahan terdiri daripada
pedagang-pedagang, guru, juruwang, ahli nujum, ahli sains, ahli silap mata,
petani dan tukang. Kelas yang paling bawah merupakan kelas hamba abdi. Hamba
abdi telah wujud di Mesopotamia sejak awal lagi tetapi tidaklah dipandang hina.
Golongan hamba ini terdiri daripada orang tawanan perang, penjenayah, orang
yang telah dijadikan hamba abdi sejak kanak-kanak lagi dan orang tempatan yang
dijual beli. Sekiranya seorang hamba patuh dan setia kepada tuannya, dia boleh
dibebaskan. Hamba abdi boleh berkahwin dengan orang biasa dan apabila ibu bapa
mereka meninggal, anaknya akan dibebaskan. Mereka diberi keistimewaan tertentu
dan boleh membuat rayuan kepada pihak yang berkuasa tetapi mereka tidak diberi
peluang dalam pentadbiran.
Orang dari kelas mushkinu diberi kebebasan dalam semua perkara dan tidak diwajibkan berkhidmat dalam tentera kecuali bila negeri menghadapi bahaya ancaman luar. Pergerakan dari satu kelas ke kelas lain adalah sukar. Orang perempuan tidak dianggap sebagai barang jualan tetapi dianggap sebagai seorang individu dan warganegara. Dia mempunyai hak ke atas wangnya sendiri, harta benda suaminya dan ayahnya dan boleh menjalankan perniagaannya sendiri dan mempunyai hamba abdi sendiri. Jika dia menguruskan perniagaan suaminya semasa ketiadaan suaminya, dia berhak menerima sepertiga dari keuntungan yang diperolehi. Sebaliknya, seseorang yang berhutang boleh menyuruh isterinya menjadi hamba kepada orang yang memberi hutang tetapi hanya dalam jangka waktu 3 tahun sahaja.
Antara sumbangan besar tamadun Mesopotamia kepada
manusia sejagat termasuklah Kod Undang-Undang Hammurabi.Kod undang-undang ini
digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan
Babylon.Undang-undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.Mengikut kod
ini,hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza
mengikut susun lapis masyarakat.Kod ini mengandungi kira-kira 282 undang-undang
yang dipahat pada tembok serta tiang besar,oleh itu rakyat dapat membaca
undang-undang tersebut.Kod Undang-Undang Hammurabi telah menjadi dasar
perundangan dalam tamadun Mesopotamia.
Hammurabi memerintah
dari tahun 1792-1750 S.M.. Beliau berasal daripada keturunan Amorite. Beliau
membina banyak negara kota. Pusat pemerintahannya di Babylon. Beliau telah
menakluk Akkad dan menjadi raja seluruh Mesopotamia.
Contoh Kod
Undang-undang Hammurabi.
·
Sekiranya seseorang
bangsawan mematahkan tulang seseorang bangsawan lain, tulangnya akan dipatahkan.
·
Sekiranya seseorang
bangsawan mencederakan mata seseorang rakyat biasa atau mematahkan tulangny,
maka, bangsawan ini didenda satu wang perak.
Undang-undang
ini telah berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat
pelbagai kaum dan juga di kalangan susun lapis masyarakat itu
sendiri.Undang-undang ini telah dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan
system organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut.Seterusnya,kod ini juga
telah membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang
panjang,iaitu dari tahun 3500 S.M. hingga tahun 539S.M..
No comments:
Post a Comment