Sunday, 22 July 2012




Mesopotamia merupakan tamadun terawal yang lahir di dunia lahir di wilayah yang kini terletak di Iraq, timur Syria, tenggara Turki dan barat daya Iran. Mesopotamia dari bahasa Yunani bererti tanah di antara dua sungai merupakan kawasan muka bumi yang terletak antara sungai Tigris dan Euphrates, sebahagian besarnya termasuk dalam yang kini Iraq moden and western part of Iran. Wilayah Mesopotamia yang seluas 130 000 batu persegi dikelilingi pergunungan Zargos di bahagian timur laut dan dataran tinggi Arab di barat daya. Ia menganjur dari Teluk Parsi di tenggara hingga ke pergunungan Taurus di Turki hinggalah ke Teluk Parsi.Sumer di selatan Mesopotamia biasanya dikenali sebagai "Buaian Tamadun (Cradle of civilization)". Bandar di Mesopotamia kemudian dijadikan ibu kota Akkad, Babylonia, Assyria, Mitanni, Assyrian-Baru, Babylonia-Baru, Parthia, Sassanid dan empayar Abbasid. Pada masa yang lain, kawasan ini diperintah oleh kuasa asing, terutamanya Empayar Achaemenid, Macedonia/Seleucid, Rashidun, Umayyad, Ottoman dan British empires.


Kerangka Masa
Petempatan-petempatan awal Zaman Neolitik mula muncul di sekitar Mesopotamia antara tahun 7000-5000 S.M..Petempatan-petempatan tersebut berkembang menjadi pusat tamadun awal pada sekitar tahun 3500 S.M.. Petempatan-petempatan tersebut kemudiannya berkembang menjadi kerajaan.Kerajaan terawal yang muncul di Mesopotamia ialah kerajaan Sumeria (3500 S.M.).Tamadun Mesopotamia boleh dibahagikan kepada tujuh zaman pemerintahan,iaitu:
Kerajaan
Tempoh masa
 Sumeria
 3500-2340 S.M.

 Akkad
 2371-2006 S.M.

 Ur
 2113-2006 S.M.

 Babylon awal atau lama
 2000-1530 S.M.
 Kassites
 1530-1100 S.M.

 Assyria
 1100-626 S.M.

 Chaldea
 626-539 S.M.









No comments:

Post a Comment