Sunday, 22 July 2012



  CIRI-CIRI TAMADUN MESOPOTAMIA 

 

Latar Belakang
Tamadun Sumeria merupakan salah satu tamadun terawal di dunia. Tamadun ini juga dikenali sebagaiTamadun Mesopotamia. Tamadun ini terletak di Teluk Parsi. Ia dipercayai bermula kira-kira tahun 6,000 SM. Perkataan Mesopotamia bererti tanah di antara dua sungai, di mana tamadun ini berkembang di antara Lembah Sungai Tigris dan Lembah Sungai Eupharates. Pada tahun kira-kira 4,500 SM, orang-orang Sumer menetap di Dataran Shinar. Mereka melakukan kegiatan pertanian. Pada tahun 3,000 SM pula, perkampungan Sumer di Lembah Sungai Tigris dan Eupharates berkembang menjadi beberapa buah negara kota yang makmur.



  
 
Pembentukan Kerajaan

Peperangan sering berlaku di antara negara kota menyebabkan sentiasa berlakunya penukaran pemerintah, kemusnahan negara kota dan keruntuhan Tamadun Sumeria. Kira-kira pada tahun 2,750 SM, Raja Sargon dan Akadia menguasai tamadun ini. Baginda meluaskan wilayahnya sehingga Elam di Timur dan Laut Mediterranean. Kira-kira tahun 2,200 SM, sekumpulan orang Amorotes menyerang Mesopotamia dan menawan Babylon. Babylon ini kemudian berkembang menjadi sebuah negara kota yang indah, kuat dan termasyhur di bawah pemerintahan Hammurabi. Selepas kemangkatan Hammurabi, kerajaan ini diserang oleh Kerajaan Assyria. Nebuchadnezzar dari puak Chaldea menjadi raja Babylon (625 SM) dan Babylon dibina semula menjadi sebuah negara kota yang kuat dan pusat empayar yang baru. Selepas itu, orang Parsi (Raja Cyprus) menyerang dan menawan negara-negara kota Mesopotamia.







Ciri-ciri  Pembentukan  Bandar

Kira-kira pada tahun 4,500 SM, orang-orang Sumer menetap di Dataran Shinar. Tanah di dataran ini amat sesuai untuk kegiatan pertanian. Dengan adanya kegiatan pertanian, satu perkampungan Sumer di Lembah Sungai Tigris dan Eupharates mula wujud. Beberapa buah negara kota yang makmur dibina, antaranya Ur, Urech dan Kish. Setiap negara kota mempunyai sebuah bandaraya dan tanah yang luas di sekelilingnya. Setiap negara kota diperintah oleh seseorang pemerintahnya sendiri atau seorang paderi yang dikenali sebagai patesi. Katanya terletak di tebing terusan dan sungai berhadapan dengan hutan yang mempunyai banyak hasil hutan. Setiap negara kota ini juga mempunyai peraturan dan undang-undangnya yang tersendiri. Pemerintahnya juga membina dan memelihara terusan dan benteng untuk menjaga ladang-ladang di sekelilingnya. Pemerintah ini juga membina tembok pertahanan untuk mencegah pencerobohan musuh luar dan untuk memberi perlindungan kepada penduduknya.








No comments:

Post a Comment