Wujudnya
Organisasi Sosial
Golongan pendeta dan raja mempunyai kedudukan yang
tertinggi. Golongan ini juga dikenali sebagai Amelu. Golongan saudagar dan
peniaga atau dikenali sebagai Mushkinu pula mewakili kelas pertengahan.
Seterusnya, golongan petani dan artisan pula menduduki lapisan yang ketiga di
mana amalan pengkhususan kerja paling jelas dilihat. Golongan yang dibawah
sekali ialah golongan hamba. Golongan ini terdiri daripada tawanan perang serta
orang tempatan yang dijual sebagai hamba. Mereka boleh menjadi bebas jika mereka
patuh dan setia kepada tuannya tetapi mereka tidak boleh mengambil bahagian
dalam pentadbiran. Kadang-kala, hukuman yang dijatuhkan terhadap mereka juga
lebih berat iaitu dua kali ganda daripada hukuman biasa atas bangsawan.
Perkembangan Teknologi
Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat
hubungan perdagangan mereka dengan dunia luar. Sistem pengairan yang maju
dibina untuk mengelakkan banjir dan kemarau. Pokok-pokok pula ditanam sebagai
penghalang angin. Orang-orang Sumeria dipercayai mula-mula mencipta roda.
Pengetahuan membuat roda membolehkan orang Sumeria menggunakan kereta kuda dan
lembu, menggunakan pedati dalam peperangan, kincir dalam sistem pengairan dan
membuat tembikar dengan peroda. Dalam bidang pertanian, penciptaan bajak dan
alat menabur mempercepatkan kerja pertanian. Sumbangan orang Sumeria yang
paling penting ialah dalam bidang seni bina. Mereka merupakan orang pertama
membina arca dan tiang-tiang batu dengan menggunakan batu-bata yang diperbuat
daripada lumpur. Ziggurat dibina dengan menggunakan batu-bata. Orang Sumeria
telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60.
Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap
bulan mengandungi 30 hari. Seperti orang Mesir, mereka tahu mengira keluasan
sesuatu kawasan dan isipadu.
Pengkhususan Kerja
Kewujudan organisasi sosial mendorong kepada
kewujudan pengkhususan kerja. Raja berperanan sebagai ketua kerajaan. Baginda
berkuasa mutlak dalam pengurusan segala hal yang berkaitan dengan pemerintahan
dan pentadbiran. Baginda juga merupakan ketua tentera dan sebagainya. Golongan
pendeta pula bertugas menguruskan hal-ehwal agama. Beliau secara tidak langsung
terlibat dalam penciptaan kalendar. Golongan petani bertugas melakukan aktiviti
bercucuk tanam, penternakan binatang dan sebagainya. Golongan artisan pula
bertugas membuat roda, tembikar, mengukir dan sebagainya. Yang akhir sekali,
iaitu hamba abdi bertugas untuk melakukan kerja-kerja berat tanpa menerima
gaji.
Wujudnya Kepercayaan
Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil
Tuhan di dunia dan bukannya sebagai Tuhan. Mereka menyembah Tuhan yang turun ke
bumi dari langit untuk melindungi negara kota mereka. Sebuah kuil telah dibina
di atas menara yang berbentuk piramid setinggi 6-7 tingkat yang dipanggil
Ziggurat. Ziggurat yang termasyhut ialah The Towel of Babel. Mereka mempercayai
Tuhan yang mereka sembah menetap di sini. Ziggurat pertama yang dibina ialah
Nippur (untuk Tuhan Enlil/angin). Orang Sumeria menganggap dewa-dewi menentukan
kejadian bencana alam dan melapetaka. Apabila berlaku bencana ini, berertilah
dewa-dewi telah menjatuhkan hukuman ke atas rakyat. Walau bagaimanapun, orang Sumeria
tidak percaya kepada konsep kehidupan selepas mati.
Aspek keagamaan dan kepercayaan masyarakat
Mesopotamia
Aspek keagamaan dan
kepercayaan masyarakat Mesopotamia dapat dilihat kerana mereka mengamalkan kepercayaan banyak tuhan iaitu politiesme.
Raja sebagai wakil tuhan. Era Raja Naramsin di Akkad menggelar diri Raja Empat
Penjuru Alam.Raja Naramsin memaksa rakyatnya menyembahnya.Pendeta mengetuai
upacara agama di Zigurat.Mereka tidak percaya kehidupan selepas mati tetapi
hanya jatuh ke dalam gua yang penuh dengan debu. Pemerintahan oleh tuhan atau
wakil tuhan berasaskan hukum agama dan bersifat ketuhanan iaitu teokrasi.
Wujudnya Bahasa dan Tulisan
Orang Sumeria mula-mula menggunakan tulisan yang berbentuk gambar untuk
merekodkan urusan perdagangan dan pentadbiran. Kemudian, tulisan ini
dipermudahkan ke dalam bentuk simbol. Simbol-simbol ini ditulis si atas tanah
liat. Orang Sumeria kemudian membentuk sistem penulisan berbentuk pepaku.
Bentuk tulisan pepaku ini dipanggil cuneiform atau tulisan berbaji. Dengan
menggunakan tulisan cuneiform, orang Sumeria telah membuat rekod-rekod di atas
tanah liat yang menjadi sumber sejarah Tamadun Sumeria.